[VIDEO]CIMPANZI BERUSIA 59 TAHUN INI LEMAH DAN HAMPIR MENEMUI AJAL. NAMUN SETELAH MELIHAT SESEORANG YANG MUNCUL DI HADAPANNYA, IA BEGITU GEMBIRA SEKALI

Loading...

Satu video yang merakam penemuan semula menyentuh perasaan antara seekor cimpanzi berusia 59 tahun dan penyelidik sains yang pernah merawatnya dahulu menjadi viral di media sosial. Ikatan hubungan di antara kedua-duanya boleh menyebabkan anda menangis tanpa sedar!

Cimpanzi yang bernama ‘Mama’ itu merupakan cimpanzi tertua di Eropah. Ia adalah ibu dari koloni cimpanzi yang terkenal di Royal Burgers’ Zoo di Arnhem, Belanda.

Dalam rakaman itu, kelihatan Mama yang sangat sakit sedang berehat di atas katil jerami. Ia tidak berdaya untuk makan atau bergerak.

Apabila mendapat berita mengenai Mama yang sedang sakit tenat, Jan Van Hoof yang merupakan seorang ahli biologi Dutch dan profesor emeritus biologi dari Universiti Utrecht datang melawatnya.

Hoof yang terkenal dengan penyelidikan primata, adalah pengasas koloni cimpanzi di Zoo Royal Burgers’. Dia telah mengenali Mama sejak tahun 1972.

Sebaik sahaja melihat Mama yang meringkuk lesu di atas katil, Hoof mengusapnya perlahan-lahan dan cuba memberi makanan kepadanya. Mama yang kurus mengambil makanan tersebut tanpa menyedari siapa orang itu pada mulanya.

Ketika Mama memandang dan melihat siapa yang berada di sisinya, ia segera mengenali sahabat manusianya itu. Dengan ghairahnya, Mama membuka mulutnya dengan luas dan mengeluarkan bunyi nikmat tulen yang tinggi.

Mama mengusap rambut Hoof dan melihat ke dalam mata profesor itu dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Ia meletakkan tangannya di leher Hoof dengan pelukan penuh kasih sayang. Itu adalah kali terakhir mereka bertemu dan Mama meninggal dunia pada 5 April 2016.

Menurut Hoof, kebiasaannya dia akan memperkenalkan Mama kepada pelajar-pelajarnya dan orang ramai selepas tamat kuliah dan kursus latihan. Setiap kali Hoof datang ke kuaters cimpanzi, Mama sering menyambut kedatangannya dengan begitu semangat sekali dan akan mengeluarkan bunyi ‘oohooh!’

“Saya pasti akan merinduinya,”kata Hoof.

Video penemuan terakhir antara Mama dan Hoof mendapat begitu banyak perhatian dan ramai netizen yang tersentuh hati melihat reaksi penyayang Mama.

Seorang pengguna YouTube telah menulis, “Ianya sangat cantik dan menyebabkan saya menangis.”

Manakala seorang pengguna lain telah memberi komen, “Ia sangat menyentuh hati dan buat lelaki berumur 31 tahun seperti saya, sukar untuk kami menangis, tetapi Mama telah membuatkan saya menangis seperti bayi.”

Era Baru

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *