Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN

Loading...

Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.

DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM

SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa pada 24 September lalu, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.

DTEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA

“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Sumber: KM

KISAH Misteri Buaya Bujang Senang Dan Saksi Mata Yang Pernah Berjumpa

10660157_10203820759354351_2946498744971008022_n

Misteri Buaya Bujang Senang Dan Saksi Mata Yang Pernah Berjumpa|Bujang senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih bersaiz gergasi yang hidup gagah di zamannya di sepanjang sungai batang lupar di sri aman serawak,sehingga ia mejadi satu legenda yang di geruni penduduk serawak hingga kini.

Bujang Senang Monster of Sarawak River.di tulis membaham manusia sejak tahun 1940-an lagi terakhir kali pada tahun 1992 yang menjadi liputan sejarah serawak.

Ketika bujang senang mengganas dahulu vesri cerita demi cerita dari mulut selalu di dengari dari berbagai lapisan masyarakat serawak sedikit banyak memang agak menggerunkan penulis sebenarnya apabila terbaca panjang bujang senang berukuran 20 kaki.

Direkord kan bahwa bujang senang telah memakan manusia lebih dari pada 100 orang,akan tetapi tepat pada 22 mei 1992 seorang wanita berbangsa iban bernama dayang anak bayang telah menjadi mangsa terakhir di sungai pelaban,anak sungai batang lupar, tentu nama buajang senang akan menjadi sebutan sebagai pelaku.

Kejatuhan bujang senang

548899_358207574284341_546226956_n

Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada tahun 1992  Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, tahun itu  bernama Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.

Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.

Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah.

Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu.

Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainya kemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa empat jam perjalanan dari tempat kejadian.

Pada ketika itulah barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang

images1

 

Mitos Iban mengenai Bujang Senang.(Pahlawan pemotong kepala)

Dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun pahlawan kebal pemotong kepala yang digeruni, mengikut cerita dari orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh bersama isterinya yang terpaksa membocorkan rahasia kelemahan ilmu kebal simalungun kepada pihak lawannya.

Dan seterusnya setelah di bunuh jasad si malungun di sula terbalik bersama jasad isterinya dan dibiarkan di sungai ,setelah air pasang di katakan kedua jasad itu menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak.

Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunan mereka yang telah membunuhnya ,Bujang Senang ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.

Bujang senang tidak memakan keseluruh badan mangsa.

Buaya bujang senang tidak memakan keseluruhan tubuh mangsa,tetapi cuma bahagian yang mendapat tarikan selera buaya,ada kala nya kaki sahaja,kepala,tangan,dan ada pula cuma mengambil bahagian organ dalaman untuk di jadi kan makanan.buaya tidak akan menyerang mangsa tanpa sebab,

Dibunuh dan Dibuang

Setelah bujang senang di bunuh bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.

Cerita menarik bujang senang.

balas dendam

kisah menarik

BUJANG SENANG

Kembali membunuh..

KEMBALI

SARATOK – Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.

Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.
“Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
“Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuan saya kehilangan ibu mereka,” tegasnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.

 

 

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *