Gali Semula Kubur, Ini ‘RESPON’ Mengejutkan Ibu Nur Aliya Dengar Kematian Anak Disiasat Mengikut Seksyen 304A !!!

Loading...

Keluarga kepada kanak-kanak, Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang maut selepas tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, Alor Setar Jumaat lalu.

Mereka menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis selepas kubur kanak-kanak itu digali semula oleh anggota forensik hari ini tujuan proses siasatan.

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, yang menjadi jurucakap kepada keluarga itu berkata, polis sudah memaklumkan kepada adik iparnya, Murad Othman Aziz, 40 yang juga bapa kepada kanak-kanak malang itu .

Bahawa kes itu dipinda daripada kematian mengejut kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

“Kami akur dengan undang-undang dan akan mengikut apa yang sudah ditetapkan berdasarkan seksyen yang diperuntukkan untuk kes ini.

“Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis untuk melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan.

Barulah kami sekeluarga akan duduk berbincang mencari penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, Alor Setar hari ini.

Fadhil berkata, dia terpaksa tampil mewakili keluarga selepas adik iparnya dan ibu mangsa, Sabda Abdul Rahim, 41, pengsan berulang kali selepas mengetahui kematian anaknya itu di siasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya kini risau akan masa depan dua lagi anak Murad termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental sekiranya bapa mereka dipenjarakan.

“Murad yang baru selesai menjalani pembedahan buang apendik yang pecah saja yang bekerja menyara keluarganya dan isterinya terpaksa menjaga anak.

“Sekiranya Murad dipenjarakan, sudah pastinya keluarga terbabit mengalami masalah dan kami sekeluarga datang dari keluarga yang susah memang sukar membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, proses penggalian semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa yang dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Rotan berjalan lancar dengan dihadiri oleh ahli keluarga mangsa.

Proses penggalian semula itu dilakukan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sambil disaksikan oleh wakil daripada Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan.

Operasi penggalian semula dimulakan pada 9.25 pagi itu berakhir 10.45 pagi dan jenazah kemudian dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata, proses terbabit adalah prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan yang dibuat.

“Kita mengklasifikasikan semula kes kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

“Orang ramai jangan membuat sebarang andaian dan spekulasi kerana siasatan masih berjalan dan kita akan serahkan dokumen lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelumnya Pemberita telah melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun yang maut selepas dada tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput yang diasah bapanya di rumah mereka di Kubang Rotan, Alor Setar pada Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian

Kredit : SIAKAP KELL
ADA YANG GANJIL, INI PUNCA KUBUR NUR ALIYA SYIFA DIGALI SEMULA !!!

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.

Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

“Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.

“Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.

Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
Kredit : Siakapkell

Perikan dari Berita Harian

ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun maut akibat dada tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang diasah bapanya di Kubang Rotan, di sini, Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah untuk mengorek semula kubur kanak-kanak itu bagi memenuhi proses siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Proses mengorek kubur terbabit akan dilakukan pagi esok dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan dokumen siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, malam ini.

BH hari ini melaporkan Nur Aliya Syifa maut selepas dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang diasah bapanya, di Kubang Rotan, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang apabila bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Murad, 40-an berada di luar rumah bagi mengasah mata pisau mesin rumput di rumahnya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan.

Selepas kejadian itu, Murad membawa anaknya yang berlumuran darah dan lemah ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan disahkan meninggal dunia.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, jam 11 pagi semalam.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *