Sayang Kulit, Curilah Waktu Untuk Pakai Masker!

Loading...

Kaum hawa kena sayang kulit. Sebab itu pakai masker perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mencuci wajah satu kemestian bagi kaum Hawa. Begitu juga dengan penggunaan penyegar dan pelembap, mereka masih disiplin mengikut aturan. Namun ramai yang mengabaikan pemakaian masker.

Sebelum kulit wajah semakin kering dan nampak kusam, sila ambil serius info ini jika ingin miliki kulit cantik dan sihat…

Semasa memakai masker, anda boleh memilih masker berasas bahan alami seperti sayuran, buah-buahan, madu mahupun putih telur. Pilih masker mengikut keperluan kulit anda. Jom selongkar manfaat masker untuk kulit.
Kalau Sayang Kulit Ketahui 7 Manfaat Masker Ini
1. Tegangkan Kulit
Adakah anda tahu khasiat yang terkandung dalam masker boleh membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah. Ia juga dikatakan dapat mengekang penuaan seperti mengurangkan kedutan dan garis halus. Hasilnya, kulit akan menjadi mulus dan tampak awet muda.
2. Kecilkan Pori-pori
Apabila usia semakin meningkat, pori-pori kulit cenderung menjadi besar. Terlalu kerap melakukan stim wajah juga antara faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Masker adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasinya. Penggunaan masker secara konsisten akan menjadikan kulit wajah lembap dan mengecilkan pori-pori.
3. Buang Sel Kulit Mati
Masker juga bertindak sebagai detoks wajah. Ia membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit secara semula jadi. Apabila sel kulit mati dibuang, wajah tampak berseri dan kulit tampak remaja.
4. Redakan Tekanan, Atasi Kelesuan
Tekanan dan gaya hidup yang sibuk membuatkan kulit wajah terlihat lesu serta kusam. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan masker dua kali seminggu. Pilih masker berasas coklat, baunya mampu meredakan tekanan dan membuatkan kulit relaks serta tampak segar.

5. Cerahkan Wajah
Masker juga berfungsi untuk mencerahkan wajah. Ketika memakai masker, wajah berehat dan kulit menyerap khasiat alami yang menjadi ramuan utama. Kulit akan beransur cerah dan sihat secara perlahan-lahan.
6. Melembapkan
Kulit kering akan kelihatan tua dan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Pilih masker berasas buah-buahan seperti tomato. Ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah.
7. Tona Kulit Sekata
Masker berasas emas 24 K, madu dan putih telur antara yang dapat membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. Ini juga penyelesaian terbaik untuk golongan yang berdepan dengan masalah sunburn.
INFO
Jangan memakai masker melebihi 35 minit kerana ini akan menyerap kembali kelembapan kulit. Akhirnya kulit menjadi kering.
Masker Manjakani Homemade Cuma Guna 3 Bahan, Ini Terapi Paling Mujarab Rawat Wajah Berjerawat
Masker Manjakani Homemade Cuma Guna 3 Bahan, Ini Terapi Paling Mujarab Rawat Wajah Berjerawat

Biji manjakani kaya dengan 1001 khasiat. Salah satunya dijadikan masker manjakani homemade. Gabungkan 3 adunan bahan semulajadi inilah cara paling mujarab merawat kulit bermasalah. Haa.. Wanita cantik berkulit mulus bertudung hijau ini juga pernah alami kulit tak cantik. Rupanya ada rahsia di sebalik sebiji buah manjakani ini.

Perkongsian membuat masker manjakani daripada Puan Sahira Lim, pengasas Bellacare Beauty ini tak rumit pun dihasilkan. Sambil ketuk-ketuk lesung di rumah sendiri, dah boleh siap tepek-tepek ke wajah. Masa nak buat pun tak lama mana.
Rawat Kulit Bermasalah Dengan Masker Manjakani Homemade
Ramai yang tanya, apa terapi wajah terbaik untuk merawat kulit kusam, kulit berjerawat, kulit tona tidak sekata, kulit bernanah, blackhead, whitehead dan kesan parut jerawat.”

Bila dah ramai yang tanya, inilah yang wanita cantik ini kongsikan. Dengan menggunakan kaedah paling mudah untuk mendapatkan kulit muka yang gebu seperti kulit bayi.

Cara Amalan : Gunakan 3 kali seminggu bagi kulit normal. Anda yang ada masalah kulit muka yang kronik disarankan memakainya setiap hari.
masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Gambar sebelum dan selepas mengamalkan masker manjakani homemade.

Bahan-bahan
Biji manjakani
Minyak zaitun ( Ira guna minyak zaitun soft gel saja)
Sedikit air
masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Mula-mula tumbuk biji manjakani. Ira guna gred AA. Tapi apa saja jenis gred pun tak menjadi satu masalah sebenarnya.

masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Kemudian, masukkan dalam mesin pengisar kering dan kisah sehingga halus.

masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Ni hasil selepas dikisar dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk yang lebih halus.

 

masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Campurkan dengan minyak zaitun. Tambahkan sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi pes macam ini.

masker manjakani homemade cuma guna 3 bahan

Okay sapukan di wajah anda dan tunggu sehingga 5-15 minit atau sehingga kering. Bilas wajah dengan air suam dan gosok-gosok untuk dijadikan scrub muka.

Khasiat Masker Ajaib Ini Yang Perlu Anda Tahu
Biji Manjakani : Ia berupaya mengecilkan jerawat dan pori-pori di wajah.

Minyak Zaitun : Sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat dan memberi kelembapan pada kulit wajah.

Masker Manjakani Homemade ini sememangnya sangat membantu bagi membuang sel kulit mati. Dan anda jangan bimbang kalau muka tu jadi kuning. Warna kuning tu sebenarnya disebabkan air dari masker tadi. Jangan tak tau, itulah khasiat sebenar masker ajaib ini.

sumber: Mingguan Wanita

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *