Nelayan Ini Sangka Tangkap Ikan Pari, Rupanya Ia Adalah ‘Sesuatu’ Yang Lebih MENGEJUTKAN 

Loading...

Seorang nelayan menyangkakan seekor ikan pari tersangkut pada jaringnya, setelah ditarik, rupa-rupanya ia adalah sebuah dron yang bersaiz besar!

Mat Daut Musa, 36 tahun dan isterinya, Hawa Ishak, 34 tahun telah turun ke laut untuk menarik jaring yang dipasang bagi menangkap ketam sebelum mendapati jaringnya ‘terlalu berat’ untuk ditarik.

Mereka kemudiannya menyedari bahawa hasil tangkapannya merupakan sebuah dron seberat 50 kg berbentuk pesawat putih.

“Pada mulanya saya menyangka ikan pari yang tersangkut di jaring ini kerana ia terlalu berat, namun sebaik menariknya saya lihat dron berbentuk pesawat putih timbul di permukaan air”.

Menurut Mat Daut, beliau ada mendengar khabar mengenai sebuah dron yang terhempas di sekitar daerah Pekan, Pahang namun tidak menyangka akan menjadi individu yang menemuinya.

“Saya panik dengan penemuan ini dan hampir melepaskan jaring itu. Namun isteri sempat menegur dan mencadangkan untuk membawanya ke jeti,” ujar Mat Daut.

Melihatkan kepada keadaan dron berkenaan, Mat Daut menjangkakan ia sudah terhempas dan berada di dalam laut kira-kira tiga bulan lalu memandangkan sayap dan badan dron itu berlumut dan mempunyai teritip.

Pasangan nelayan berkenaan yang menetap di Kampung Serun di Jalan Pekan-Rompin turut menyatakan bahawa dron tersebut yang berukuran tiga meter panjang berada dalam keadaan yang baik kecuali sayapnya sudah merekah.

Mat Daut turut menyatakan penemuan benda asing yang tersangkut pada jaringnya ini adalah pertama kali dalam tempoh 10 tahun menjadi nelayan di perairan Nenasi dan Merchong.

Ketua Polis daerah Pekan, Superitendan Amran Sidek mengakui pihaknya ada menerima laporan mengenai penemuan dron berkenaan dan akan melakukan siasatan. Setelah siasatan selesai baru dron tersebut akan dikembalikan kepada pemiliknya.

Kredit : siakapkell
Disangka Dapat Ikan Yg Besar, Apa Sebenarnya Yg Ditangkap Oleh Nelayan Rusia MENGEJUTKAN !!!
Sekumpulan nelayan Rusia agak gembira pada awalnya apabila mereka berjaya menarik beban berat; mereka beranggapan bahawa mereka berjaya menangkap hasil yang banyak. Tetapi mereka kemudia terkejut apabila melihat seekor singa laut lapar tersembunyi di bawah semua ikan mereka. Namun singa laut tersebut tidak kelihatan takut, dia seakan-akan pernah mengalami kejadian yang sama, ditangkap oleh nelayan.

Nelayan kemudiannya menggunakan hos air untuk menyembur air pada singa laut tersebut, dalam usaha untuk memaksa haiwan tersebut meninggalkan bot mereka. Tetapi singa laut itu kekal di situ dan tidak berganjak dari timbunan ikan tersebut. Akhirnya, selepas beberapa ketika singa laut tersebut menjatuhkan dirinya dari bot dan kembali ke dalam air.

Walau bagaimanapun, kesemua nelayan masih terkejut dengan tangkapan singa laut tersebut. Sesiapa sahaja pasti terkejut apabila melihat seekor makhluk besar lapar yang telah terperangkap dalam jarring. Rakaman video menunjukkan anak-anak kapal menggunakan kren untuk menarik beban yang berat, dipenuhi dengan ikan-ikan yang ditangkap.

Seekor singa laut didapati terperangkap di dalam bebanan yang berat bersama ikan-ikan yang ditangkap oleh nelayan

Sejurus melihat akan singa laut tersebut nelayan terus mengambil hos dan perlahan-lahan melakukan semburan air ke atas singa laut tersebut dalam usaha untuk memaksanya pergi meninggalkan bot, tetapi haiwan tersebut seakan-akan tidak peduli dengan tindakan nelayan-nelayan itu dan terus duduk di kalangan ikan.

 

Tetapi tidak lama kemudia singa laut tersebut memutuskan untuk pergi dari bot dengan menjatuhkan diri ke dalam air. Percikan air laut yang besar menunjukkan dia sudah masuk ke dalam laut.

 

Para nelayan tetap tenang dengan kejadian tersebut walaupun pada awalnya mereka agak terkejut. Mereka yakin ini bukan kali terakhir mereka berhadapan dengan situasi begini. Pasti akan berlaku lagi kejadian seperti itu selepas ini.

Kredit : Era Baru

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *