Rakan Baru Ajak Keluar. Masa Minum Rasa Pelik. Angkara Percaya Hampir Jadi Mangsa Pemuas Nafsu. Puncanya…

Loading...

Dah lama saya simpan cerita ini. Simpan kemas-kemas dalam hati. Sebab ia merupakan peristiwa yang memberikan kesan dalam hidup biarpun saya selamat.

Tetapi setiap kali saya teringat akan peristiwa itu, pasti akan timbul perasaan bersalah sekiranya saya tidak menyebarkan kisah yang berlaku pada diri saya ni dan rasa bersalah jika tidak berpesan pada orang lain. Sangat sedih sekiranya perkara ini berlaku pada orang lain. Ini kerana orang itu masih bebas sehingga sekarang dan tak kena tangkap pun. Dan saya juga risau ada orang lain bersikap dan berperangai sama macam orang itu. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.

Saya gelarkan orang itu dengan nama Isa (Bukan Nama Sebenar). Beliau ahli perniagaan. Umur dalam lingkungan 30-an. Kejadian berlaku pada tahun 2015. Saya ada terlibat dengan satu group bisnes pada masa itu. Dalam group tersebut ada yang saya kenali, dan ada yang saya tidak kenali. Perkenalan saya dengan Isa bermula daripada group tersebut dan seterusnya kami mesej secara peribadi untuk pertanyaan lebih lanjut. Sejurus selepas itu, saya perasan dia mula tanya perihal peribadi. Soalan dia tanya dah kahwin ke, umur berapa, asal mana, kerja apa, duduk sini dengan siapa dan macam-macam lagi. Saya anggap perkara itu biasa. Jadi saya jawab sahaja pertanyaan dia. Dia tak selalu mesej saya pun. Dia kalau mesej saya pun macam on off. Seminggu sekali macam tu je. Tu pun waktu malam je dia mesej tanya buat apa. Saya tak layan sebab mesej tak penting. Dia selalu call tapi saya tak pernah angkat sebab saya fikir tiada apa yang perlu dibincangkan dah sebab pertanyaan saya pasal hari tu dah settle. Buat pengetahuan, group tersebut adalah group di aplikasi telegram. Jadi ada banyak profile picture yang kita boleh letak. Mungkin tu silap saya sebab letak gambar profil.

Dalam masa sebulan lebih dia macam tu tapi saya tak layan sangat sebab tak kenal dan lagi satu sebab fikirkan dia ahli perniagaan. Jadi perkara itu membuatkan saya rasa sangat rendah diri. Dalam masa sebulan lebih dia ada ajak jumpa, ada ajak minum. Tapi saya menolak sebab saya rasa tak perlu jumpa pun sebab tiada apa yang perlu dibincangkan. Dia juga pernah tempah teksi untuk ambil saya kat rumah untuk jumpa dia di KL. Tapi saya menolak. Sehinggalah pada suatu hari tu, dia tiba-tiba call saya. Selama sebulan lebih, tu la first time saya ada keberanian nak jawab panggilan telefon daripada dia. Sebelum tu memang saya tak pernah angkat kalau dia telefon. Dia telefon nak ajak jumpa kat KL. Saya bagi alasan macam-macam. Saya dah bagitahu saya tak nak. Tapi dia berkeras ajak minum je kat KL. Dia kata nak hantar teksi ambil saya. Pastu nanti dia suruh teksi tu hantar kat tempat dia. Panjang saya fikir, takut pun ada sebab tak pernah jumpa. At last saya terima juga pelawaan dia.

Dalam pukul 12 tengahari teksi sampai, saya naik teksi dalam keadaan berdebar-debar. Rasa tak sedap hati, tak tahu kenapa. Sampai di destinasi sejam selepas tu, dalam pukul 1 petang. Dia bayarkan tambang teksi RM100. Lepas tu dia ajak naik kereta dia untuk pergi minum. Dia kata nak minum di STARBUCKS. Saya cakap tak pernah minum kat situ. Dia kata baguslah jadikan pengalaman pertama. Lepas tu dia tanya saya minat muzik tak, saya kata dengar masa time ada mood nak dengar je. Masa tu dah pelik dengan soalan dia. Dia pun parking kat basement. Bawah bangunan. Sebelah tempat parking ada carwash. Lepas parking, dia pergi carwash macam cakap sesuatu dekat orang tu. Dalam 2 minit macam tu. Saya pun tak pasti dia cakap apa sebab masa tu fikir tak nak ambil tahu. Lepas tu kami naik lift, ke bahagian ground floor. Dia ada bagitahu saya, awak ni tinggi juga eh. Saya cakap aah tinggi. Lepas keluar lift, dia kata nak pergi toilet. Saya tunggu di luar toilet lama juga lah. Saya fikir positif mungkin dia buang air besar. Lepas keluar daripada toilet terus ke Starbucks. Starbucks tu kedai dia menghadap jalan raya. Dia yang tolong tarik kerusi supaya saya menghadap jalan raya. Dia pulak duduk menghadap ke kedai.

Dia tanya saya nak minum apa dan makan apa. Dia nak ambilkan. Saya kata tak kisah sebab tak reti nak order sebab tak pernah masuk kedai tu. Dia pun masuk order dan bawa keluar air tu. Copp!! Dalam kedai saya ada toleh belakang tengok dia ada masukkan serbuk putih dalam air masa dalam kedai. Saya fikir mungkin starbucks guna konsep layan diri jadi kena letak krimer lebih ke apa ke. Sehingga sekarang trauma tengok starbucks. Saya pun tak tahu konsep starbucks macam mana. Self service ke? Okay bila dah ada minuman dan makanan, kitorang berborak macam biasa. Saya pada masa tu ada juga tanya dia pasal diri dia dan family dia. Bercerita sambil minum. Sambil bercerita, dia cakap minum la air tu. Saya pun minum. Bila dah bercerita lagi dia cakap lagi minum la air tu nanti sejuk tak sedap. Dia pun ada order kuih juga. Tapi makan separuh sahaja sebab segan. Apa yang buat saya curious, bila saya bercakap, dia pandang saya sambil hisap rokok macam ada niat something. Saya pun tak tahu. Tapi dalam hati pada masa tu saya tertanya-tanya kenapa dia pandang macam tu eh.

Serius, rasa berdebar-debar masa menaip ni bila ingat balik. Rasa badan menggigil-gigil sekarang ni. Hmmm. Sambung cerita balik. Saya minum dan borak-borak dalam 40 minit macam tu kot, tiba-tiba saya rasa pening. Saya cuba pandang sekeliling. Saya rasa lain macam. Masa tu saya dah dapat rasa dia letak benda dalam minuman saya. Saya pandang telapak tangan, saya tengok telapak tangan saya pucat. Saya cuba cover dan tahan diri saya daripada nampak pening. Tapi saya tak tahu muka saya macam mana masa tu. Yang saya pasti saya rasa mata saya kuyu. Saya dah start fikir dia nak apa-apa kan saya. Saya tanya dia lepas ni nak pergi mana. Dia jawab sambil senyum, dia kata nak pergi tempat sejuk. Saya rasa nak menangis tapi cover sebab takut dia perasan. Saya dah tak tahu nak buat apa masa tu. Saya cakap ngan dia kejap nak call member. Saya pergi jauh sikit daripada dia. Saya call minta tolong member datang ambil. Saya sendiri pun tak pasti nama tempat spesifik tu. Tapi cuba minta member datang. Tapi member kata dia tengah kerja. Memang tak boleh nak tolong. Saya pergi balik kat dia tu tadi. Saya dah tak dapat kawal perasaan saya. Saya tanya dia letak apa dalam air, kenapa rasa pening. Dia kata saya tak pernah minum kopi tu sebab tu jadi macam tu. Masa tu saya dah nampak muka dia lain. Dia pun kata sabar kejap sebab dia nak gi bungkus makanan lepas tu nak bawa saya pergi tempat lain.

Lepas dia bungkus, dia datang balik kat meja minum tadi, saya tanya kenapa awak sanggup buat macam ni? Saya cakap saya percayakan dia kenapa sanggup khianat macam ni. Masa tu saya memang dah pening. Saya rasa macam khayal je. Muka dia masa tu dah cuak. Dia suh saya tunggu situ sebab dia kata nak turun bawah ambil kereta. Masa tu lah saya ambik keputusan nak lari. Saya tak tahu mana arah patut saya pergi. Masa tu fikir nak masuk Starbucks minta tolong dengan staf dalam tu tapi takut nanti dia datang balik kat situ. Saya fikir nak cari teksi. Atau mana-mana tempat nak menyorok. Masa berjalan bangun dari Starbucks saya dah rasa macam pening sangat. Apabila berjalan terasa kaki berat sangat. Tapi saya gagahkan juga. Mata saya pun rasa berat sangat. Macam kuyu dah. Saya gagahkan kaki lintas jalan ke seberang sana, saya lalu ada kedai mamak. Saya perasan masa tu beberapa orang dalam kedai tu pandang lain macam je kat saya. Tapi Alhamdulillah. Masa tu terpandang sebuah teksi. Saya terus lambai suruh berhenti. Pakcik tu tua dah, dalam 70-an. Dia berhenti dia tanya nak ke mana. Saya cakap nak g Sentul, kawan saya tadi call saya suruh saya ke sana. Pakcik tu kata dekat je takpe dia hantar.

Masa dalam teksi tu, saya dapat call dan banyak whatsapp daripada Isa. Dia whatsapp tanya saya kat mana. Dia cakap dia merayu minta tolong saya tunggu dia kat tempat tadi. Dia kata puas cari saya tak jumpa. Lepas tu pakcik tu tanya adik kenapa nampak pucat. Saya tengok tapak tangan saya memang pucat. Masuk teksi lemah sangat saya rasa badan saya. Tapi masih boleh bercakap dengan pakcik. Saya cerita semua kat pakcik tu. Pakcik tu pun kata sebenarnya kawasan situ teksi tak boleh ambil orang, situ boleh hantar orang je. Saya rasa syukur sangat Allah hantarkan pakcik tu masa tu. Pakcik tu berhenti tadi pun sebab nampak keadaan saya pucat. Sampai sekarang rasa nak sangat jumpa pakcik tu nak berterima kasih. Tapi tak tahu nombor plat teksi. Dalam teksi bila terkena aircond, kaki dah rasa berat. Tak boleh angkat pun. Dalam hati patut pun dia nak bawa tempat sejuk. Bila sampai je, member saya dah tunggu tepi jalan, pakcik tu kata tambang RM25. Saya bayar RM50 kat dia. Tak ambil baki sebab dia dah tolong. Tapi masa sampai je memang tak boleh berjalan dah. Mata saya dah tertutup. Saya rasa saya boleh dengar member panggil saya. Pakcik tu pun panggil. Tapi Kadang tak dengar. Badan saya dah longlai masa tu. Member tepuk-tepuk suruh saya sedar. Saya sedar kejap. Lepas tu dia papah saya pergi klinik swasta. Kaki masa tu berat sangat. Tak boleh nak berjalan dah. Sedar tak sedar je. Sampai klinik masuk bilik cerita kat doktor pun dah sekat-sekat tak boleh bercakap sangat. Doktor cek jantung, dia kata jantung saya tak okay sebab laju sangat. Dia minta pergi ke hospital dengan segera. Lepas tu tiba-tiba jatuh dari kerusi. Badan dah lembik. Diorang angkat masuk kereta. Doktor bagi surat suruh bawa ke HKL. Masuk kereta saya dah tak sedar. Sampai HKL baru saya sedar tapi tak boleh gerakkan badan. Mata dengar ada orang cakap mata saya tak ada respon bila doktor suluh lampu. Nurse cek jantung (ECG), doktor kata tak normal. Suruh masukkan air (drip).

Apabila cerita semua pada doktor, doktor kata nak cek air kencing untuk tahu kandungan apa dia letak dalam air. Bila dapat result, terkejut saya. Doktor cakap dia masukkan dadah jenis amphetamine. Rasa macam nak nangis. Selama ni takut sangat-sangat pada najis dadah. At last, benda kotor tu ada dalam badan sendiri. Doktor kata jangan risau sebab dadah jenis tu akan keluar melalui air kencing. Rawatan yang diberi pada masa tu doktor kata hanya masukkan air sahaja sehingga kerap kencing supaya benda tu keluar daripada badan dengan cepat. Saya berada di wad hanya dua hari satu malam. Keesokannya boleh terus balik dan doktor ada bagi saya cuti sakit untuk rehat di rumah.

Lepas keluar hospital, saya ada buat report, IO panggil saya untuk ambil keterangan, tapi sedikit kesal juga sebab dia kata tiada bukti untuk tuduh orang tu. Lagi pun dia kata saya selamat. Sampai sekarang senyap je kes tu. Hmmmm. Sekian cerita saya. Sama-sama kita ambil sebagai iktibar. Semua yang buruk datang dari diri saya sendiri. Yang baik daripada ALLAH SWT.

Sumber : Gadis Terselamat via Myberitatular

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *