Ridzuan Arahkan Tan Sri Musa Diam Isu Sindiket 9 ‘Dragons’

Loading...

ISU mengenai sindiket 9 ‘Dragons’ makin hangat dan panas nampaknya apabila pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak.

 

Susulan perkara itu, Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah meminta agar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk ‘berdiam’ selepas bersara daripada pasukan keselamatan.

Perkara sedemikian timbul apabila bekas bos Bukit Aman itu kini dilihat seolah-olah ingin menjadi ‘hero’ dalam mendedahkan isu berkaitan jenayah.

Menurut Ridzuan, tindakan Musa mendedahkan perkara berkaitan aktiviti jenayah yang diketuai oleh sembilan individu bergelar ‘dragon’ itu boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai.

 

Bukan itu sahaja malah mantan KPN tersebut sendiri tidak sepatutnya begitu berani mengeluarkan kenyataan seperti itu dek kerana bimbang akan memakan diri.

Tambahan pula, beliau kini tidak lagi berkhidmat ataupun berada dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kenapa hari ini kata isu pelacuran, perjudian dan sebagainya dikawal oleh satu kumpulan. Tak logik bila keluar kenyataan yang tak sahih, tak jelas dan tidak masuk akal,” katanya dipetik sebuah portal online.

KETUA AKTIVIS PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM), DATUK NADZIM JOHAN.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini pernah mendedahkan kegiatan perjudian yang dilakukan oleh kumpulan terbabit dan disiarkan dalam sebuah akhbar arus perdana.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mendakwa bahawa sindiket haram di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar ‘dragon‘ selain mampu mengutip hasil lumayan RM5 bilion sebulan.

 

Ekoran pendedahan itu, Ridzuan menegur badan NGO berkenaan untuk lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pendedahan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kumpulan tersebut pula.

Ridzuan berkata sedemikian kerana pernah berlaku sebelum ini satu insiden serangan ke atas pengerusi sebuah NGO, R Sri Sanjeevan yang ditembak dua lelaki dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan pada 2013.

“Kita tidak mahu PPIM menjadi mangsa kumpulan ini. Sebelum ini ada anggota Mywatch jadi mangsa,” ujar presiden Pekira ini.


sumber: selendang Maya
PPIM Jangan Berlagak Samseng- Amaran Ridzuan Presiden (Pekira)

KAJANG – Ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu belajar menggunakan pendekatan yang lebih harmoni menangani sesuatu isu tanpa perlu berlagak ‘samseng’..

Itu pesanan Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah kepada NGO tersebut yang didakwa mula menyalahkan kerajaan dalam beberapa perkara selepas dikenakan tindakan perundangan selepas membela nasib pengguna yang menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, sikap sesetengah anggota badan bukan kerajaan itu yang cuba mengambil alih tugas pihak berkuasa meskipun mempunyai niat murni dalam membela nasib mereka yang ditindas tetapi cara yang digunakan tidak betul.

“Hari ini kita lihat ada tiga kategori NGO iaitu NGO terpelajar, NGO baru nak belajar dan NGO kurang ajar.

“Kerajaan perlu kaji NGO macam ini. Saya sebagai presiden sebuah parti politik sebelum ini pernah terlibat dalam pertubuhan NGO tetapi saya tidak buat perkara diluar batasan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini malam ini.

Mohd. Ridzuan berkata demikian mengulas mengenai tindakan berani Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa di mahkamah kerana menceroboh sebuah stor di Kajang pada Julai lalu.

Pada Selasa lepas, Yusuf dan Ali didakwa di Mahkamah Kajang atas dua pertuduhan kerana menceroboh premis AGR Trade Sdn. Bhd. di Kajang.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Dalam pada itu Mohd Ridzuan menggesa, pihak yang mengawal pengoperasian NGO di pejabat perdana menteri supaya bertindak tegas terhadap NGO-NGO

“Kalau NGO ni kurang ajar panggil mereka, tanya apa masalah dia. Bukan biarkan begitu sahaja. Mesti ada sebab mereka begitu.

“Kalau NGO tu pro kerajaan panggil mereka kalau mereka meragam. Macam Ikhlas Yang Amat Berhormat pernah bantu beberapa kali untuk program usahawan-usahawan dan sebagainya.

“Pegawai di Jabatan Perdana Menteri kena lihat, mungkin PPIM jadi macam ini sebab tak dapat dana atau peruntukan dalam bentuk geran NGO dan sebagainya,” katanya juga merupakan Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas). –

sumber MalaysiaGazette via malaskomen

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *